Catatan

Undang-undang PERKIPS Fasal 6 Bayaran Masuk,Yuran Dan Bayaran Lain.

Imej
FASAL 6 SUMBER KEWANGAN (1) Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut:- Bayaran Masuk RM 2.00 ( Dua Ringgit Sahaja) Yuran bulanan RM 1.00 (Satu Ringgit Sahaja) (2) Yuran bulanan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu dalam tempoh 10 hari dari awal tiap-tiap bulan. (3) Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih    daripada Enam (6) bulan akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh setiausaha atau wakilnya , dan hilanglah hak-hak    keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan. (4) Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih daripada    jumlah yuran bagi 9 bulan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli kelab dan jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuas hati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu. (5) Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang membiarkan keahliannya terlucu